Allah
THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 29 March 2011

PELBAGAI ALASAN..

PADA hari Kiamat kelak, ada empat golongan manusia yg mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT ketika di dunia. Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, keempat-empat golongan itu ialah orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.
Golongan pertama iaitu golongan kaya mengemukakan alasan : “Aku adalah orang kaya. Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga tidak sempat mengabdikan diri kepadaMu.” Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya. Jadi alasan kamu tidak diterima.”
Golongan kedua, iaitu orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalang untuk beribadah kepada Allah SWT.  Allah SWT kemudian berfirman yg bermaksud : “Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa? Kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepadaKu.”
Golongan ketiga, iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk menguruskan kerja yang diarahkan majikannya.  “Tuhanku, saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalang aku untuk mengabdikan diri kepada Tuhan.”
Tetapi Allah SWT membandingkan dengan nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.
Golongan keempat ialah orang yang sakit yang mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakitnya menghalang daripada mengabdikan diri kepada Tuhan.  Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub?  Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub tetap beribadah kepada Tuhannya.”
Maka di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadah dan tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia.
**Bersiap sedianya para mukminin bukan pula bermakna mereka hanya sibuk memburu dunia atau asyik mengurung diri menanti Kiamat sahaja, sebaliknya mereka kala itu amat sibuk mengerjakan ketaatan dan lebih ligat membuat manfaat kepada sesama manusia.**

Wednesday 23 March 2011

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka



Assalamualaikum wrh..
Artikel yg sy diteriam utk dikongsi bersama siswa/i..

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... ..tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... ..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM... tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN
BATU-BATU... "

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.


Wahai insan... ingatlah kita di dunia ini hanya sementara... bila bila masa sahaja nyawa ini boleh ditarik balik... bertaubatlah sementara sempat... kerana mungkin kita tidak akan sempat... ... hanya Tuhan maha mengetahui... nilaikanlah perlakuan seharian kita... dan fikirkanlah... adakah kita akan sempat memohon ampun dan maaf... kita manusia yg mudah lupa dan amat mudah
diperdaya dengan kemewahan dunia yg ... oleh itu... sentiasalah mengingati Tuhan..kelak ia mampu menghindarkan sebarang perbuatan yang mungkar...

Wallahua'lam..

WALAUPUN PAHIT KATAKANLAH..


1.                   Yang haram mesti disebut haram dan seorang pendakwah mesti memaklumkan gesaan berhenti serta merta dan bukan memberi masa. Khususnya apabila kenyataan di buat secara awam di media massa yang boleh mengelirukan pembaca yang kurang ilmu agamanya.
Imam Al-Ghazzali mendefinisikan taubat sebagai :
ترك المعاصي في الحال، والعزم على تركها في الاستقبال، وتدارك ما سبق من التقصير في سابق الأحوال 
Ertinya : Meninggalkan maksiat dengan serta merta, dan berazam kukuh untuk meninggalkannya di masa hadapan, dan berusaha menebus dosa-dosa yang lalu. ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/5)

2.                   Kerjaya haram GRO juga boleh mengakibatkan hilangnya keberkatan dalam kehidupannya itu hanya menjauhkannya dari kesedaran dan bukan memberi harapan dan ruang untuk dia meneruskannya. Justeru tidak timbul cadangan ‘biarkan sehingga dia merasa bosan dan sedar’, atau memberinya masa untuk terus bergelumang dengan dosa.
Nabi s.a.w bersabda :
إن المؤمن إذا أذنب ذنباً كانت نكتة سوداءُ في قلبه ، فإذا تاب ، ونزع ، واستغفر صقل قلبه منها ، وإذا زاد زادت حتى يغلف قلبه ، فذلك الران الذي ذكره الله في كتابه ( كلابل وان على قلوبهم ما كانوا يكسبون ) المطففين 14
Ertinya : Sesungguhnya seorang mukmin itu, adalah apabila dia melakukan dosa, maka wujudlah satu titik hitam di hatinya, maka apabila dia taubat, hilanglah titik hitam itu dan licinlah hatinya semula, namun apabila ditambah dosanya, semakin tertutuplah hatinya, maka itulah karat yang disebut oleh Allah di dalam KitabNya  ( Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Hibban & Al-Hakim; Hasan menurut Tirmidzi, Sohih menurut Ib Hibban; Al-Hakim menilai sohih dan dipersetujui Az-Zahabi atas syarat Muslim )
3.                   Nabi mengajar umatnya agar jangan bertangguh dalam mengerjakan hal yang baik, khususnya taubat. Dalam hal ini kita sewajarnya menyeru suzie untuk segera bertaubat dan bukan memberinya masa seolah kerjayanya itu boleh diterima dengan hujjah inginkan perubahan dengan kesedaran dan bukan dipaksa.
Fakta sebenar di dalam ilmu Islam, perkara haram dilarang kerana ia memudaratkan diri dan orang lain, ia mesti dihenti serta merta tanpa tangguh. Sebagai pemberi motivasi dan pendakwah, kita tidak boleh sama sekali kita berlagak kononnya ingin memahami kesukaran petugas GRO, menjaga hatinya lalu sewenangnya ‘memberi tangguh’ sedang Allah dan RasulNya tidak memberi tangguh dalam hal maksiat.
Allah swt berfirman :-
إنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً
Ertinya : Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( An-Nisa : 17)

Imam Al-Ghazzali berkata :-
أما وجوبها على الفور فلا يُسْتًرَابُ فيه ؛ إذ معرفة كون المعاصي مهلكاتٍ من نفس الإيمان
Ertinya :   Wajibnya taubat itu adalah dengan segera tanpa sebarang keraguan dan tangguh, kerana sifat maksiat itu pemusnah iman seseorang  ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/7)
Imam Ibn Qayyim pula mengulas:
المبادرة إلى التوبة من الذنب فرض على الفور ، ولا يجوز تأخيرها ، فمتى أخرها عصى بالتأخير فإذا تاب من الذنب بقي عليه توبة أخرى
Ertinya : Bersegera bertaubat dari dosa adalah fardhu yang mesti dikerjakan dengan SEGERA, dan TIDAK HARUS dilewatkan, barangsiapa melewatkannya dia telah melakukan satu lagi kedurhakaankerana itu, jika kemudian dia bertaubat dari dosa itu, dia perlu tuabat pula kerana dosa melewatkan taubat awal tadi. (Madarij al-Salikin, 1/283 )
Namun, jika setelah kita memberi nasihat, lalu pelaku maksiat dengan sendirinya ingin mengambil masa sebelum berubah, itu adalah isu lain, namun KITA TIDAK BOLEH memperuntukan tempoh tangguh tersebut.

Thursday 17 March 2011

cara taubat..

Apabila maksiat sudah sebati memang payah untuk ditinggalkan tapi apabila terbit rasa menyesal itu tandanya iman masih ada cuma di tahap yang mungkin lemah... Memang anggota tubuh manusia yang paling banyak membawa kesan negatif ialah nafsu oleh itu ia mesti dihalang dari terus diikuti dengan cara : 1. Berdoa Memohon Perlindungan Allah Dari Kejahatan Syaitan & Nafsu Yang Menggoda Dalam hadis yg diriwayatkan oleh At-Tirmizi & dia mensahihkannya, daripada Abu Hurairah R.a Bahawa Abu Bakar R.A berkata : " Ya Rasulullah ajarkan aku sesuatu yang boleh aku baca pada pagi & petang hari!" Rasulullah s.a.w bersabda, " Katakan, "Ya Allah, zat yg mengetahui alam ghaib & alam nyata, pencipta langit & bumi, & pemelihara segala sesuatu sekaligus pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung diri denganMu dari keburukan hawa nafsuku (jiwaku) dan keburukan syaitan dan perangkapnya. Aku mengakui keburukan nafsuku (jiwaku) atau aku mengarahkan keburukan tersebut kepada org Muslim. Sabda Rasulullah lagi, "ucaplah doa tersebut jika engkau berada di petang hari, pagi hari, dan jika engkau akan tidur. (Diriwayatkan At-Tirmizi) 2. Tutup Pintu MaksiatKenalpasti apa yang boleh mendorong maksiat itu berlaku dan cuba jauhkan diri darinya. Kalau sumber maksiat itu datang dari gambar, cd & sebagainya musnahkan dia. Kalau datang dari diri sendiri seperti akibat tidak menjaga pandangan maka jaga pandangan mata kerana menurut Ibnu Qayyim dalam kitabnya ad-da' wal-dawa asas kepada penjagaan kemaluan adalah dengan menjaga mata kerana dari mata akan turun ke hati, dari hati akan lahirnya keinginan & apabila keinginan membuak2 maka akan lahirnya tindakan selagi tiada sesuatu yang menghalangnya. 3. Banyakkan Berpuasa Sunat Syaitan mengalir di dalam tubuh melalui pembuluh darah oleh itu Nabi menganjurkan kita menyempitkan laluan tersebut dengan banyak berpuasa. Puasa juga boleh melemahkan nafsu. 4. Penuhi Hati Dengan Zikir & Bacaan Quran Nafsu akan mencari hati-hati yang kosong lalu mentetap di dalamnya. Oleh itu, jangan biarkan hati saudari kosong. Perkasakan spiritual dengan banyak ingat Allah melalui amalan-amalan sunat dalam masa yang sama jaga betul2 amalan yang wajib kerana itu semua merupakan antibodi yg akan protect kita dari melakukan maksiat kepada Allah. Akhir sekali saya ingin ingatkan saudari & diri saya sendiri : Muhammad al-Lufaf r.a pernah berkata : Barangsiapa memperbanyak mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan 3 hal : Menyegerakan bertaubat, merasa puas dengan dirinya, & bersemangat dalam beribadah, dan Brangsiapa yg lupa akan kematian ia akan dicela dlm 3 hal : Memperkecilkan taubat, berbuat buruk di dunia & malas beribadah. (Mukhtasor Tazkirah al-Qurtubi) 

Wednesday 9 March 2011

that's my 1st blog..
n it will be my last blog..
InsyaALLAH...
how funny i am??
hhahaha..